BPP SEHEBAT
Home About Gallery contact biases

BADAN PERWAKILAN PELAJAR




MOTO BADAN PERWAKILAN PELAJAR

BERILMU, BERJASA, BERBAKTI

VISI BADAN PERWAKILAN PELAJAR

Menjadi pelajar Sekolah Menengah Sains Batu Pahat seorang yang berwibawa dan berdisiplin.
MISI BADAN PERWAKILAN PELAJAR

Menjalankan tanggungjawab berteraskan amanah dan kredibiliti.

Monday 29 December 2014 • 06:07 • 0 comments




  JARINGAN BERSAMA SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN ISKANDAR

Pada hari Isnin , 17 November 2014  MPP SEHEBAT yang terdiri daripada Hicom , Ketua dan Penolong Ketua Rumah dan Ketua dan Penolong Ketua Exco bersama dengan guru MPP iaitu Cikgu Azimi bin Md Zain , Cikgu Mohd Halim bin Mohd Dom , Ustazah Siti Mazura binti Misran dan Cikgu Suziana binti Muhammad telah mengadakan jaringan bersama dengan SMSSI (Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar) di Mersing . Tujuan jaringan ini diadakan adalah untuk melihat elemen-elemen yang perlu ada di asrama dan dorm untuk memenangi Anugerah Asrama Terbilang (AAT) yang baru dimenangi oleh SMSSI serta mempelajari cara pemimpin SMSSI menguruskan asrama mereka di samping merapatkan hubungan antara SEHEBAT dan SMSSI . Diharap hubungan yang terjalin antara kedua-dua pihak tidak akan pernah putus.






Semua ahli MPP Sehebat memberikan tumpuan dengan pembentangan yang disampaikan oleh para pemimpin SMSSI tentang sistem dan pembangunan di SMS Sultan Iskandar. 








Kemudian, ahli MPP Sehebat seterusnya diberikan peluang untuk melawat dorm aspura dan aspuri di SMS Sultan Iskandar untuk dicontohi serta diaplikasikan di Sehebat . 





Pada akhirnya, diharap semua ahli MPP Sehebat yang datang ke SMS Sultan Iskandar dapat mengambil maklumat yang berkaitan dengan sekolah mahupun asrama untuk diaplikasikannya di Sehebat dan dapat meningkatkan imej Sehebat. Semoga nama Sehebat sentiasa berdiri teguh di bumi Sehebat.








0 Comments:

Post a Comment